Bayi Hidup Semula Semasa Perjalanan Ke Kubur. SUBHANALLAH.

Loading...

Ibu bapa yang sedih bila diberitahu doktor bayi mereka yang tak cukup bulan meninggal dunia terkejut ketika perjalanan ke kubur, bayi mereka tiba-tiba bergerak. Ikuti kisah selanjutnya. Allahu. Subhanallah.

BAYI HIDUP SEMULA
Satu pasangan suami isteri terkejut apabila bayi mereka yang meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan tiba-tiba hidup semula ketika dibawa untuk dikebumikan.

Varsha Bidawat, 21, melahirkan sepasang bayi kembar tidak cukup bulan di sebuah hospital swasta di Shalimar Bagh pada 30 November lalu.

Bayi perempuan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan dan bayi lelaki itu pula meninggal dunia ketika menerima rawatan.

DALAM PERJALANAN KE TEMPAT PENGKEBUMIAN

Suami Varsh, Aashish Kumar berkata, selepas memaklumkan kematian anak kembarnya, doktor membungkus mayat bayi itu dan diletakkan di dalam plastik.

Ujarnya, ketika mayat anaknya dibawa ke tempat pengebumian tiba-tiba plastik yang mengandungi bayi lelaki tiba-tiba bergerak.

“Kami terus menghentikan kereta dan membuka bungkusan itu sebelum mendapati bayi itu bergerak-gerak.

“Kami kemudian terus bergegas ke sebuah hospital berhampiran dan doktor memaklumkan bayi lelaki itu masih hidup,” katanya.

Ujarnya, bayi seberat 75 gram itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi untuk kanak-kanak.

Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu, kes itu sedang disiasat dan pihak hospital terbabit mungkin dikenakan tindakan sekiranya didapati cuai.

Sumber: Harian Metro

WANITA HAMIL DITIKAM KAWAN. APA JADI PADA BAYI DALAM PERUT LEBIH MEMILUKAN

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan terkejut bila kawannya menikam dan mengelar dia secara tiba-tiba. Lepas meninggal, apa yang kawan dia buat kat bayi dalam perut tu lebih memilukan. Allahu. Baca dan kongsikan.

BUNUH KAWAN SENDIRI
Gara-gara kempunan mendapat anak, seorang wanita tergamak membunuh rakannya sendiri dan mengaku bayi mangsa sebagai anaknya.

Mangsa Angelikque Sutton, 22 tahun, yang sarat mengandung lapan bulan ditikam dan dikelar leher oleh Ashleigh Wade, 24 tahun, yang kemudian bertindak kejam dengan merentap bayi keluar dari rahim ibunya.

Portal Daily News melaporkan Wade bertindak demikian kerana ingin menjadikan bayi perempuan itu sebagai anaknya sendiri dalam pembunuhan yang dirancang teliti.

SANGGUP BERPURA MENGANDUNG
Wade dilapor berpura-pura hamil berbulan-bulan lamanya dan hanya menunggu masa untuk membunuh Sutton.

Peluang itu diambil Wade dalam insiden pada 22 November 2015 apabila Sutton singgah di rumahnya dalam perjalanan untuk mendaftar perkahwinannya.

Wade menikam rakannya berkali-kali sebelum mengelar leher mangsa. Dia kemudian membelah perut Sutton sebelum merentap bayinya keluar.

Atas kesalahan yang dilakukan itu, Wade dijatuhi hukuman penjara 40 tahun di sebuah mahkamah di Bronx, Amerika Syarikat pada Rabu.

BAYI JADI YATIM
Bayi yang diberi nama Genesis itu dilapor berada dalam keadaan selamat.

Sumber : Astro Awani

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *